HIKAYAH RAHASIA DI BALIK SHOLAT LIMA (5) WAKTU

Daftar Isi [Tampil]

Ali bin Abi Talib رضي الله عنه berkata : "Sewaktu Rasullullah ﷺ duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : "Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa عليه السلامI yang tidak diberikan, kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau Malaikat Muqarrab."

Lalu Rasullullah ﷺ bersabda : "Silakan bertanya." Berkata orang Yahudi : "Silahkan terangkan kepada kami, tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu." Sabda Rasullullah ﷺ : "Sembahyang Dzuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhan-Nya. Sembahyang Asar itu ialah sa'at ketika Nabi Adam عليه السلامI memakan buah Khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah sa'at Allah menerima taubat Nabi Adam عليه السلامI, maka setiap Mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas, kemudian dia berdo'a meminta sesuatu pada Allah, maka pasti Allah akan mengkabulkan perminta'annya. Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir."

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah ï·º, maka mereka berkata : "Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang." Rasullullah ï·º bersabda : "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Dzuhur, pada sa'at itu nyalanya Neraka Jahanam, orang Mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api Neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah ﷺ lagi : "Manakala sembahyang Asar, adalah sa'at di mana Nabi Adam عليه السلامI memakan buah Khuldi. Orang Mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir." Setelah itu Rasullullah ﷺ, membaca ayat yang bermaksud : "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah sa'at di mana taubat Nabi Adam عليه السلامI diterima. Seorang Mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah, maka Allah akan perkenankan."

Sabda Rasullullah ﷺ : "Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang Mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjama'ah, Allah سبحا نه و تعالى haramkan dari terkena nyalanya api Neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath."

Sabda Rasullullah ﷺ seterusnya : "Sembahyang Subuh pula, seorang Mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah سبحا نه و تعالى dua kebebasan yaitu : 1. Dibebaskan dari api Neraka. 2. Dibebaskan dari Nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah ﷺ, maka mereka berkata : "Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad ﷺ." Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah سبحا نه و تعالى mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu? Sabda Rasullullah ﷺ : "Ketika Nabi Adam عليه السلامI memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam عليه السلامI, selama 30 hari. Kemudian Allah سبحا نه و تعالى mewajibkan ke atas keturunan Adam عليه السلامI berlapar selama 30 hari.

Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah سبحا نه و تعالى kepada makhlukNya." Kata orang Yahudi : "Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu."

Sabda Rasullullah ﷺ : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah سبحا نه و تعالى, dia akan diberi oleh Allah سبحا نه و تعالى tujuh perkara : 1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram). 2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. 3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus. 5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan). 6. Diberikan cahaya oleh Allah سبحا نه و تعالى pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath. 7. Allah سبحا نه و تعالى akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi : "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para Nabi-Nabi." Sabda Rasullullah ï·º : "Seorang Nabi mengunakan do'a mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan do'a saya (untuk saya, gunakan memberi syafa'at pada umat saya di hari kiamat)."

Kata orang Yahudi : "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, dan Engkauutusan Allah)." "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cuba'an kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155).

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun. UMUR AKHIRAT dalam keada'an TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah ï·º : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari Kiamat?" Maka jawabnya Rasulullah ï·º : "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila Kiamat datang, maka Malaikat datang ke kubur orang Mukmin sambal membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para Mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadist Rasulullah ï·º bahawa sepuluh orang yang mayatnyaTIDAK BUSUK dan TIDAK KREPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati : 1. Para Nabi. 2. Para Ahli Jihad. 3. Para Alim Ulama. 4. Para Syuhada. 5. Para Penghafal Al-Qur'an. 6. Imam atau Pemimpin yang Adil. 7. Tukang Adzan. 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak. 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya. 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Juma'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah رضي الله عنه sabda Rasulullah ﷺ : "Apabila datang hari Kiamat dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan, maka Allah سبحا نه و تعالى memberi Wahyu kepada Malaikat Ridhwan : "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keada'an letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa Mukmin, maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah سبحا نه و تعالى di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfa'at ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati." Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." ( SurahAl-Baqarah : 237 ).

This is a non-benefit site to share the information. To keep up this site, we need your assistance. A little gift will help us alot.alert-info

Trakteer Coffe Admin/button

Post a Comment

Previous Post Next Post
close